Archive for August, 2006

Louis Saha Menyinar!

Monday, August 28th, 2006

Saha_2 Patah tumbuh hilang berganti. Begitulah ibarat pepatah buat pasukan bolasepak Manchester United (MU). Pemergian penyerang antarabangsa Belanda, Ruud van Nistelrooy ke pasukan Real Madrid, tidak memberikan kesan ke atas barisan serangan MU. Sebaliknya, MU kini lebih berbangga dengan penggantinya, Louis Saha (foto), yang menyarung jersi no. 9.

Pembelian Saha dari kelab Fulham, nampaknya berbaloi dengan prestasi yang ditunjukkan. Pada perlawanan pertama English Premier League (EPL), pasukan MU telah membenam pasukan Fulham 5-1, di mana beliau turut menjaringkan gol (gol pertama), menerusi tandukan, hasil hantaran Wayne Rooney. Lain² gol dijaringkan oleh Rooney (2gol) & C.Ronaldo.

Penyerang antarabangsa Perancis itu semakin berbisa, apabila menjaringkan gol dalam perlawanan kedua, menentang pasukan Charlton. Belaiu begitu bijak sekali dalam mencari ruang memburu gol. Pasukan MU menang 3-0.

Prestasi yang memberangsangkan pasukan MU, yang dibarisi pemain² handalan dunia, dijangka memberikan tentangan sengit dalam kancah bolasepak England, benua Eropah mahupun dunia. Glory Man United!

Email Berantai Untuk Aku.

Sunday, August 20th, 2006

Individualization_1 Apakah maksud email berantai? Pada pemahaman aku, email berantai adalah email yang dihantar oleh si polan kepada si polan itu. Kemudian si polan tu rasa nak fowardkan email itu pada si polan yang lain. Si polan yang lain pulak nak forwardkan pada si polan² yang lain. Begitulah seterusnya.

Sebelum adanya email berantai, surat berantai pernah singgah dalam hidup aku. Waktu tu aku tingkatan 2. Surat ni, tengok cop pada setem, datangnya dari Sg. Lembing, Pahang. Aku tiada saudara di situ. Daripada siapa pengirimnya, tidak diketahui. Dari mana pengirim ni dapat alamat rumah aku? Dah tu, eja nama aku betul pulak tu! (Kebanyakan ramai yang salah eja nama aku).

Bila aku baca kandungannya, aku rasa tak sedap hati. Kandungan surat itu menyentuh tentang hari kiamat yang bakal menjelang tiba. Kandungan itu juga menyuruh siapa yang menerima surat ni, hendaklah membuat 20 salinan, kemudian  hantar kepada orang lain. Kalau tidak ikut arahannya, akan ditimpa musibah. Aku tidak mengikuti arahannya, sebaliknya aku tunjukkan pada ustazah aku kat sekolah. Ustazah aku mengatakan surat tersebut adalah dusta semata², & menasihati aku supaya tidak mengendahkannya. Aku menuruti nasihat ustazah aku.

Setahun selepas itu, aku terbaca akhbar; seorang peniaga kedai fotostat, ditahan polis atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu kepada orang awam. Peniaga tersebut membuat kesalahan itu, bagi mengaut keuntungan yang banyak; mengugut orang ramai supaya membuat salinan yang banyak untuk memberikan pada orang lain. Ceh, rupanya dia punya kerja. Tak guna punya warganegara!

Berbalik semula cerita tentang email berantai, dalam kandungannya ada yang baik, & sebaliknya. Aku meneliti email² yang masuk dalam inbox. Kandungan yang baik; iaitu ingat mengingati antara satu sama lain, kisah² untuk dijadikan pengajaran, tips² untuk kesihatan, cerita² lucu dan gambar² yang menarik. Biasanya aku save dalam thumbdrive, yang mana menarik.

Email berantai yang belum tentu sahih kebenarannya; menceritakan keburukan seseorang (selalunya golongan artis & orang² kenamaan). Aku cuma baca, kemudian aku delete. Aku tak mahu komen tentang email ni.

Email tentang cara² nak jadi kaya dengan cepat, aku baca juga. Begitu menarik sekali, hingga boleh untung melebihi RM 1 juta! Boleh percaya ke ni? Kalau betul, nak juga aku join. Nanti kalau kaya giler, bolehlah aku membeli roti kaya dengan banyak, tak pun aku buka kilang perusahaan roti kaya. Kuang kuang kuang!☺
   

From Spain with …..?

Tuesday, August 15th, 2006

3dflagsdotcom_spnat_2fawl

Bila aku baca coretan “From Amsterdam with love” hasil nukilan Fandi dalam blognya, ter’refreshed’ aku pada tahun 2003, di mana ada seorang gadis manis dari Galicia, Sepanyol, nak jadikan aku sebagai pen friend dan juga ingin tahu tentang Malaysia. Gadis ni terjumpa email address aku kat website Shinchan.

Rasa bangga pula, bila ada orang asing dari benua Eropah nak jadikan aku sebagai pen friend. Ye la, kawan² aku semua orang tempatan. Ini merupakan satu pengalaman yang berharga dalam hidup aku.

Aku membalas emailnya, & menyatakan setuju untuk jadi pen friend. Aku juga mengatakan padanya aku ni penyokong team Real Madrid (sebenarnya aku ni sokong team Manchester United, kuang kuang kuang ☺). Dan aku pun ceritakan tentang aku dan Malaysia.  Aku juga tanya tentang dirinya dan negaranya.

Dia pun membalasnya. Dia  menceritakan tentang diri dan keluarganya; mixed-blood Cuba - Sepanyol, makanan favorite nya (ada yang tidak halal), hobi, tempat tinggalnya, tentang negara Sepanyol. Dia juga boleh bertutur dalam Spanish, English, French, Portuguese dan dialek daerah Galicia. Dan pada masa tu juga dia kata dia sedang sibuk study untuk exam kemasukan university.

Dia juga menyatakan amat kesali sikap president negaranya, yang menyatakan sokongan penuh terhadap president America, George Walker Bush dalam serangan terhadap Iraq. Aku pun sama, amat marah sekali dengan George W. Bush tu (semoga Allah melaknatinya). 

Selepas tu dia kata, dia sedang study dengan sungguh² kerana exam kali ni lebih sukar berbanding dengan yang lepas². Aku pun membalas, aku juga sibuk dengan kerja² studio.

Jatuh cinta? Tak lah, sekadar pen friend saja. Pen friend tapi mesra! (Kuang kuang kuang!) ☺

 

James Bond returns…. (shake, but not stir!)

Wednesday, August 2nd, 2006

300px0071_2 Menentang kuasa jahat bukannya hanya tugas inspekstor & detektif. Beliau merupakan agent perisik MI-6 England, tugas utama ialah menentang pengganas & kumpulan penjenayah antarabangsa, beliau memiliki lesen No. 00…. lelaki itu bernama James Bond, gelarannya 007.

Berminat terhadap barangan cantik, pakaian, kasut serta rokok yang berjenama tetap. Beliau pandai memilih makanan & minuman keras (vodka martini), menguasai bahasa dengan baik, penuh dengan semangat kesukanan, handal main judi (judi tikam pun dia main; agaknyer ler…), pandai mengayat awex² cun, sememangnya seorang perisik yang hebat.   

Temannya yang terkuat dan berkuasa ialah MI-6, seorang ketua perlengkapan khas yang bernama “Q”. Setiap kali menghadapi bahaya, senjata² rahsia yang direka khas ini dapat menyelesaikan krisis dengan baik.

Filem terbaru James Bond, Casino Royale (lakonan Daniel Craig), dijangka berada di pawagam akhir tahun ini. Semua filem James Bond, dah aku tonton. Senarai filem² James Bond.

  1. Dr. No (1962, Sean Connery)

  2. From Russia with Love (1963, Sean Connery)
  3. Goldfinger (1964, Sean Connery)
  4. Thunderball (1965, Sean Connery)
  5. You Only Live Twice (1967, Sean Connery)
  6. On Her Majesty’s Secret Service (1969, George Lazenby)
  7. Diamonds Are Forever (1971, Sean Connery)
  8. Live and Let Die (1973, Roger Moore)
  9. The Man with the Golden Gun (1974, Roger Moore)
  10. The Spy Who Loved Me (1977, Roger Moore)
  11. Moonraker (1979, Roger Moore)
  12. For Your Eyes Only (1981, Roger Moore)
  13. Octopussy (1983, Roger Moore)
  14. A View to a Kill (1985, Roger Moore)
  15. The Living Daylights (1987, Timothy Dalton)
  16. Licence to Kill (1989, Timothy Dalton)
  17. GoldenEye (1995, Pierce Brosnan)
  18. Tomorrow Never Dies (1997, Pierce Brosnan)
  19. The World Is Not Enough (1999, Pierce Brosnan)
  20. Die Another Day (2002, Pierce Brosnan)
  21. Casino Royale (2006, Daniel Craig)
  22. Bond 22 (dalam penghasilan) (2008, Daniel Craig)

Dalam banyak² filem James Bond, filem On Her Majesty’s Secret Service (1969, George Lazenby), merupakan filem James Bond berakhir dengan adegan sedih. Ini kerana isteri James Bond terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas, yang tak puas hati dengan James Bond dan take revenge. Ketika itu James Bond dan isterinya nak pergi honeymoon. James Bond sedih sambil meratapi mayat isterinya. Aku pun turut sedih (tapi takder lar sampai menitiskan airmata). Lain² filem James Bond berakhir dengan adegan happy ending. Yela, misi dah tercapai!

007connery_1 George_lazenby_3 Roger_moore_1 Timothy_dalton_1 Piece_brosnan_1 Daniel_craig_1